Wednesday 3 August 2011

Peranan Dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan Dan Media(GPM)


Peringkat :              Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan :                 Guru Perpustakaan dan Media 
Waktu bertugas :    Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu                                  bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan.


A.        Pengajaran dan Pembelajaran

1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
2.  Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu seminggu.
3.  Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan    pembelajaran.
B.        Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

1. Merancang mengurus,menyelaras dan melaksanakan sepenuh masa pengurusan 
    Pusat Sumber Sekolah.
2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca
    termasuk Program NILAM.
3.   Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan
     literasi teknologi pendidikan.
4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan
    Pusat Sumber Sekolah
5.  Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang  dan program tahunan
    Pusat Sumber Sekolah.
6.Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif,
   seimbang dan kemaskini.
7.Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber
  Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan
  melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
8.Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan
  dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber
  Sekolah.
9.Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat
   menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
10.Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf        
     berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
11.Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan  pelbagai
    kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan
    untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan
      penyampaian maklumat serta penghasilan media.
13.  Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai
      pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan
      mempersembahkan maklumat.
14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam
     memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru,
     undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan
     penghasilan pelbagai media.
15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan
     bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat
     warga sekolah.
16. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber Sekolah.
19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan      pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
21.  Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan         Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk      meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
22. Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
C.        Penglibatan Profesional

1.          Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
2.          Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
3.         Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi 
          pendidikan.
D.        Am

1.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment