PROFIL

PUSAT KEGIATAN GURU ENDAU
PKG berbangunan sementara ini, terletak 4 km dari Bandar Endau dan 27 km dari Bandar Mersing. PKG telah ditubuhkan pada tahun 1991. Sebelum dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru (PKG), pusat ini dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD 32). Semasa itu PSPD 32 beroperasi di Bangunan Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau. Setelah ditukarkan nama PKG, operasi PKG ditempatkan di sebuah bilik bersebelahan dengan kantin. Atas keperihatinan JawatanKuasa Pengurusan PKG, pihak SK Pusat Air Tawar telah bermurah hati menempatkan PKG di sebuah Bangunan PSS sekolah setelah SK Pusat Air Tawar mendapat bangunan PSS baru.