Monday 6 June 2011

Penarafan SSQS (Smart School Qualification Standard) 2011 Skolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Kepada semua Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah Negeri Johor, tuan-puan dikehendaki memastikan perlaksanaan berkesan SSQS di peringkat sekolah masing-masing bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan 2011.
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan SSQS bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan 2011 di mana hasil penarafan akan dibentang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan dalam Mesyuarat Flagship Coordinate Committee (FOC) yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara.
Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dikehendaki memastikan perlaksanaan berkesan SSQS di peringkat sekolah masing-masing, sepanjang tempoh penarafan 25 Julai 2011 hingga 14 Ogos 2011 dengan menggunakan indikator SSQS terkini melalui http://ssqs.moe.edu.my
Jika ada sebarang masalah , sila hubungi Unit Perkhidmatan ICT Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (u/p: Mohd Rizal bin Abu Samah; 07-5581893) atau PKG berhampiran.

0 comments:

Post a Comment